Selamat datang ke My Halal Journey

city skyline during night time

Sektor yang di promosikan

Sektor halal terdiri daripada produk atau perkhidmatan halal yang menyumbang kepada perkembangan sosio-ekonomi keseluruhannya.

Program-Program Kami

Halal

Pensijilan Halal merupakan satu piawaian yang dipantau oleh JAKIM dan JAIN bergantung kepada lokasi perniagaan. Memandangkan Malaysia merupakan negara yang terdapat majoriti Muslim, pensijilan Halal dipandang tinggi selain menjadi permintaan ramai. Terdapat banyak skim pensijilan Halal yang ditawarkan untuk pelbagai industri seperti kilang pembungkusan semula, dapur berpusat, restoran dan banyak lagi!

MeSTI

Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) merupakan satu skim keselamatan makanan yang disediakan kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) untuk memberikan pelanggan keyakinan dan kepercayaan terhadap kualiti produk yang disediakan.

GMP

Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) telah dibangunkan untuk memastikan syarikat yang terlibat dengan proses pengilangan produk menghasilkan produk yang berkualiti. Sebuah manual pengilangan yang merekodkan satu set kod serta prosedur bertulis perlu dibangunkan untuk memastikan kualiti operasi pengilangan konsisten dari semasa ke semasa. Certifique boleh membantu syarikat anda mendapatkan sijil GMP yang diterima di peringkat antarabangsa tanpa proses yang merumitkan dan dalam masa yang pantas.

HACCP

Sistem Hazard and Critical Control Point (HACCP) atau juga dikenali sebagai Program Pensijilan MS1480 telah diwujudkan untuk membantu perniagaan dalam industri makanan dengan mengenal pasti, mengawal, dan bertindak balas terhadap mudarat (hazard) yang boleh berlaku semasa proses pembuatan berlaku.

Sijil Organik

SUCI

PEMUDAH CARABAGI PERMOHONAN PENSIJILAN HALAL

Perlukan Sijil Halal Untuk Perniagaan Anda?

Mulakan Dengan My Halal Journey Hari Ini…

Ini Adalah Fakta

Anda berada di laman ini sekarang kerana anda sedang mencari penyelesaian kepada masalah ini:

Ingin mohon sijil Halal

.. tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana

Masalah 'Renew' Halal

.. tetapi tidak tahu apa yang harus di lakukan

Masalah Kesalahan Audit

.. tetapi tidak tahu bagaimana mengendalikan laporan audit

Mencari Consultant halal

.. tetapi tidak tahu siapa yang harus di percayai

Kami telah membantu lebih 2500 premis perniagaan untuk mendapatkan Sijil Halal JAKIM dalam 21 HARI. Harga bermula daripada RM4000.

Scroll to Top